Ahad, 1 Jun 2014

KARIPAP INTI KARI AYAM KENTANG

Bahan Untuk Inti

333 gram daging ayam dipotong dadu
2 biji kentang di potong dadu
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
2 camca besar rempah kari + 1 camca besar air
air besih
daun kari
secubit garam

Membuat Inti


  1. Mayang bawang, goreng dan masukkan dau kari, rempah kari yang telah dicampur air, ayam dan kentang kacau sehingga rata.
  2. Masukkan sedikit air, biarkan sehingga kentang empuk, angkat dan sejukkan sebelum dibungkus dengan kulitnya.

Penyediaan Kulit

375 gram tepung gandum bermutu, gaulkan dengan sedikit garam.
185 gram marjerin
1/2 cawan air

Cara Membuat Kulit

  1. Tepung, garam, marjerin digaul-gaulkan hingga menjadi berkental-kental.
  2. Campurkan dengan sedikit air.
  3. Uli hingga menjadi doh yang terbaik.
  4. Canai hingga menjadi leper dan terap dengan acuan bulat.
  5. Isikan inti dan kelim bahagian tepi secara berpintal.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga menjadi kuning keemasan.
  7. Hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan