Isnin, 27 Mei 2013

Karipap Untuk Menambahkan Pendapatan Anda Dengan Jayanya.

Jika anda sedang berkira-kira untuk meningkatkan pendapatan, maka inilah masanya yang paling sesuai untuk anda membuat keputusan. Jangan ditunggu lagi, sentiasalah melawat laman web ini. Pelbagai info akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk tatapan anda. Yang pastinya, pendapatan anda akan turut bertambah. Apakah rahsianya? Jangan biarkan kebolehan anda dibazirkan begitu saja. Jom bertindak.

Jumaat, 24 Mei 2013

Penimbang Dapur Digital

Untuk memastikan pembuatan karipap sentiasa mempunyai rasa dan mutu terbaik yang sama dapat dikekalkan, pastikan anda mempunyai Penimbang Dapur Digital yang sentiasa berada dalam keadaan tentukuran yang sah. Bahan-bahan yang diguna hendaklah ditimbang atau disukat, selain menghasilkan kualiti yang sama ia juga dapat memudahkan anda untuk merancang pembelian bahan mentah bagi inventori usaha anda ini.

Rabu, 22 Mei 2013

Karipap Mini

Karipap ini bersaiz kecil dari karipap yang ada. Kebanyakkan isi karipap ini diisi dengan serunding ikan.

Karipap Pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.

Karipap Sardin

Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.

Temosa / Karipap Ikan

Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang dan Terengganu.

Karipap Ayam

Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Karipap Daging

Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap Makanan Popular

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.


Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Karipap

Sejenis kuih yang kulitnya dibuat daripada tepung gandum dan intinya daripada ubi kentang atau keledek yang bercampur rempah-rempah.






Ahad, 19 Mei 2013

Karipap Putrajaya


Karipap Kuala Lumpur


Karipap Labuan


Karipap Terengganu


Karipap Serawak


Karipap Selangor


Karipap Sabah


Karipap Perlis


Karipap Perak


Karipap Pahang


Karipap Negeri Sembilan


Karipap Melaka


Karipap Kelantan


Karipap Kedah


Karipap Johor