Anis Ayuni: 'Saya sentiasa ada stok karipap pusing di rumah'
SITI MARIAM ELIAS
15 April 2013 SINAR HARIAN
Novelis terkenal, Anis Ayuni menyatakan karipap pusing menjadi pilihannya untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Disebabkan hidangan ini digemari keluarganya, Anis Ayuni sentiasa ada stok karipap di rumahnya.
“Sekali buat karipap pusing, biasanya dalam dua adunan. Karipap boleh disimpan dalam peti sejuk. Untuk mengelakkan karipap yang sudah dikelim itu melekat ketika disimpan, saya akan goreng putih (goreng sekejap) sebelum disimpan,” kata Anis Ayuni.
Menurut novelis ini, karipap pusing hasil air tangannya dianggap istimewa kerana rangup. Apatah lagi apabila Anis Ayuni selalunya akan melebihkan daging dalam intinya.
“Rasa daging, ubi kentang dan bawang yang manis bergaul dengan rempah yang pedas membuatkan karipap berasa sedap dan tidak jemu dimakan,” katanya lagi.
Warisan keluarga
“Saya belajar buat karipap pusing daripada ibu saudara. Ketika itu saya masih di sekolah rendah dan hanya jadi pemerhati ketika ibu saudara menunjuk cara membuat karipap pusing kepada emak dan kakak-kakak saya. Secara beransur-ansur, saya mendapat kemahiran apabila emak selalu buat karipap pusing selepas itu,” katanya lagi.
Menurut Anis Ayuni, sebelum ini emaknya hanya tahu membuat karipap biasa. Disebabkan mahu anak-anak tahu buat karipap pusing, emak meminta ibu saudara datang ke rumah untuk mengajar Anis Ayuni dan adik-beradiknya.
“Seni mengelim karipap sebenarnya amat mudah. Ada pelbagai bunga boleh dibuat sama ada hujungnya tirus atau bulat. Sepanjang memasak karipap untuk keluarga, anak-anak dan suami tidak pernah komen apa-apa. Kecuali kalau intinya kurang daging,” ujar Anis Ayuni sambil ketawa.
Karipap Pusing Anis Ayuni
Bahan inti:
2 labu bawang besar (dicencang)
3 sudu besar rempah kari
300 gm daging (dicencang)
350 gm kentang atau keledek (dipotong dadu)
1 pokok daun sup (dihiris halus)
Air secukupnya (untuk mengempukkan kentang dan daging)
Garam secukupnya
Cara membuat:
1) Tumis bawang dan rempah kari. Kemudian masukkan daging dan kentang.
2) Kacau sehingga daging dan kentang empuk.
3) Masukkan daun sup dan garam.
4) Kacau rata kemudian angkat. Biarkan sejuk.
Bahan kulit A:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
Air ais
Garam secukup rasa
Bahan kulit B:
1 cawan tepung
6 sudu besar marjerin
Cara membuat:
1) Bahan A. Bancuh tepung, garam dan sebiji telur. Masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli dan bentuk 10 bebola.
2) Bahan B. Letakkan tepung di dalam bekas. Panaskan marjerin di atas kuali. Curahkan marjerin panas ke dalam tepung dan gaul dengan sudu hingga sebati. Bentuk 10 bebola.
3) Masukkan setiap satu bebola B ke dalam bebola A.
4) Ambil satu bebola dan canai. Potong segaris dengan pisau daripada bahagian tengah.
5) Gulung hingga jadi bentuk seperti siput. Canai semula memanjang dan nipis. Kemudian gulung dengan kemas. Potong empat.
6) Canai setiap satu. Terbalikkan (supaya bahagian yang berkelopak di luar) dan isikan inti.
7) Basahkan dengan sedikit air di bahagian tepi kulit sebelum dikatup (untuk mengelakkan terbuka semasa digoreng). Kemudian kelim tepinya.
8) Panaskan minyak. Goreng hingga keperang-perangan.
Tip menggoreng karipap: Setelah minyak panas, perlahankan api. Kemudian baru masukkan karipap. Hal ini untuk mengelakkan kulit karipap menggerutu jika digoreng dalam minyak yang terlalu panas.